Powered By Blogger

Monday 6 March 2017

Ceritera Fiza

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..

          Selamat berhari isnin..hari ni lepas selesai semua kerja rumah..fuhh dapat rehat skit..pagi tadi buat sarapan roti + scrumble egg + sos cili + baked bean atas permintaan cik abang.Raudhah lepas mkn wajib ambil mealshake tak kisah fiza cmpur dalam jus atau susu.
Paling dia suka campur dalam vitagen.Selesai sarapan Fiza start buat kerja rumah menyapu sampah,idai baju dan last sekali mandikan si anak dayang intan payung ni.Hana dah out dah..tidur sebab Hana akan bangun lebih awal dari Raudhah.Semoga anak anak ibu jadi yang terbaik dan solehah dunia akhirat.Fiza agak sibuk kebelakangan ini tak sempat nak berblog dah lama tak on lappy dan 3 hari lepas Fiza belajakan Raudhah Ebook islamic kids suka sangat la dia nya dan adik ibu belanja 5 helai romper.So fair..hihi.

Raudhah ku tomel..Hana ku mulatt..




'Ibu bapa ni hebat kerana boleh membesarkan anak anak nya walaupun 10 orang sehingga 20 tahun lebih tetapi dalam 10 orang anak nya tidak tentu lagi ke - 10 sepuluh tu boleh jaga ibu bapanya'

Fiza tengok 'wanita hari ini' kelmarin lepas sambil masak teringat akan ayat tu.Jom muhasabah diri kita supaya jadi yang terbaik untuk ibu bapa kita sebelum mereka pejamkan mata buat selamanya.Fiza nak buktikan Fiza walaupun hanya suri rumah sepenuh masa tidak lah selemah mana yang orang lain sangkakan terutama adik beradik Fiza yang sering melihat suri rumah ini tiada masa hadapan.Tapi Fiza dah tak boleh jauh dengan anak anak biarlah depan mata kita nak buat apa pun tenang.24 jam dengan anak anak seronok.Mustahil Fiza boleh hantar anak ke pengasuh untuk berkerja diluar.

Suri rumah hebat kalau semua nak tahu.Pertama, Fiza bekerja di rumah dengan layan prospek, update facebook,update blog,study,dan trade.Ini lah kerja pendapatan Fiza dari rumah.Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya Fiza masih boleh uruskan anak,boleh uruskan masa,uruskan kerja,uruskan rumah dan uruskan suami.Semua buat sendiri dengan dua tangan dua kaki satu otak.Bagi yang selalu memperlekehkan suri rumah sepenuh masa Fiza cadangkan anda cuti sebulan jadi suri rumah sepenuh masa.Lebih penat dari orang yang bekerja.

No comments:

Post a Comment